Takaful Keluarga Anda

Takaful Keluarga Anda
eTiQa Untuk Semua

Produk


eTiQa Takaful memperkenalkan kepada pelanggan-pelanggan yang dikasihi beberapa produk baru yang pastinya memenuhi keperluan kita semua. Antara produk Keluarga eTiQa Takaful:

1. Harmoni

  • Pelan simpanan yang menawarkan elemen perlindungan dan simpanan untuk keperluan kewangan masa hadapan anda. 
  • Ia merupakan pelan fleksibel yang membantu untuk mengukuhkan perlindungan kewangan keluarga anda. 
  • Di bawah pelan ini, Jumlah Perlindungan Asas dibayar sekiranya kematian   dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal berlaku kepada Orang yang Dilindungi semasa tempoh sijil. 
  • Tambahan lagi, pada akhir tempoh sijil, anda akan menerima nilai terkumpul di dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP) dan lebihan daripada Dana Risiko Peserta (DRP) (sekiranya ada).
2. Intelek

  • Pelan pendidikan yang menggabungkan elemen perlindungan dan simpanan. 
  • Ia adalah pelan fleksibel yang membolehkan anda mengumpulkan simpanan untuk membayar pendidikan anak-anak anda di samping menjamin masa depan mereka dengan menawarkan perlindungan Takaful yang komprehensif. 
  • Di bawah pelan ini, Jumlah Perlindungan Asas dibayar sekiranya kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal berlaku kepada anak tersebut semasa tempoh sijil. 
  • Tambahan lagi, anda boleh menyertai manfaat pilihan seperti pengecualian sumbangan dan manfaat pendapatan keluarga untuk memberikan ketenangan kepada keluarga anda jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada anda. 
  • Setelah sijil tamat, anda akan menerima nilai terkumpul di dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP) dan lebihan daripada Dana Risiko Peserta (DRP)   (sekiranya ada).

3.Tunas

  • TUNAS merupakan pilihan tepat anda untuk pelaburan simpanan yang menyediakan pulangan tahunan untuk tempoh 20 tahun
  • Pulangan tahunan (annual cash payment) adalah dalam lingkungan 5% - 10% daripada 'annual contribution'.
  • Jadi anda boleh pastikan yang wang berkerja keras untuk anda.
  • Merupakan pilihan yang mudah dalam membuat pelaburan simpanan anda bagi mendapat kehidupan yang anda idamkan.

4. Prima
  • Pelan Takaful Keluarga yang menawarkan perlindungan serta simpanan yang dapat memenuhi kehendak semasa peserta. 
  • Pelan ini memberikan manfaat perolehan setiap 3 tahun jaminan pulangan berjadual dengan anggaran 10% dari amaun perlindungan (Dengan andaian pulangan pelaburan sebanyak 4% ke atas Akaun Khas Peserta)
  • Kadar pulangan yang lebih tinggi atau rendah akan mengubah jumlah pembayaran ini.
  • Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat perlindungan bila berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil walaupun Manfaat Perolehan sudah dibayar.

5. Medikal Kad
  • Perkhidmatan bagi memberi perlindungan semua jenis penyakit, kemalangan, kos rawatan hospital dan kos penginapan di 300 buah hospital panel di seluruh Negara dengan kos yang rendah malah tiada dikenakan sebarang bayaran deposit.
  • Boleh digabungkan dengan semua produk takaful keluarga di atas.


Berminat mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk ini?
Hubungi kami segera
Natrah: nm_asar@yahoo.com
Din: odeng_fuu@yahoo.com.my

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. 
Pastikan hari esok lebih baik dari hari ini.
;)