Takaful Keluarga Anda

Takaful Keluarga Anda
eTiQa Untuk Semua

Saturday, October 15, 2011

Produk Harmoni


Produk HARMONI ialah pelan simpanan yang menawarkan elemen perlindungan dan simpanan untuk keperluan kewangan masa hadapan anda. Ia merupakan pelan fleksibel yang membantu untuk mengukuhkan perlindungan kewangan keluarga anda. Produk ini juga direka khas untuk peserta memilih samaada ingin mempunyai  Simpanan yang lebih” apabila polisi matang atau “Perlindungan yang lebih apabila di timpa musibah. Tempoh matang bagi Produk Harmoni adalah ketika peserta berumur 88 tahun.

Produk ini digandingkan bersama rider atau manfaat seperti:

“Rider Harmoni (ASAS)” – dengan rider/manfaat ini, peserta akan memdapat perlindungan sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal (hilang-upaya kekal).

“Rider TOP-UP” - dengan rider/manfaat ini, sumbangan yang dibayar akan disalurkan 100% ke dalam tabung pelaburan. Oleh itu  peserta akan mendapat simpanan yang lebih tinggi apabila polisi matang.

“Rider Kemalangan” – dengan rider/manfaat ini, peserta akan mendapat perlindungan Kematian Kemalangan/TPD/PPD, perlindungan Mingguan Hospital, perlindungan Pembedahan (kecil),  perlindungan Mingguan Hilang Upaya Separa dan perlindungan  Berganda.

“Rider Tunai Hospital” – dengan rider/manfaat ini, peserta akan mendapat tunai harian setelah dimasukkan ke hospital disebabkan oleh faktor Semulajadi atau Kemalangan.



“Rider Bertempoh” – dengan rider/manafaat ini, sekiranya peserta meninggal dunia disebabkan oleh faktor Semulajadi atau Kemalangan, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus (maksimum RM 1 juta)

“Rider Penyakit Kritikal” – dengan rider /manfaat ini, apabila peserta disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus. 

“Rider Medic Save” (medical card) – dengan rider/manfaat ini, peserta di beri manfaat perubatan setelah dimasukkan ke hospital dan manfaat pesakit luar yang secara langsung berkaitan dengan kemasukan (pra- dan selepas dimasukkan ke hospital).

“Rider Pengecualian Sumbangan Untuk Penyakit kritikal” - dengan rider/manfaat ini, sumbangan akan diLUNASkan oleh pihak EtiQa apabila peserta disahkan mengalami salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal. Peserta tidak perlu membayar sumbangan sehingga polisi matang walaupun penyakit yang dihidapi telah sembuh.

No comments:

Post a Comment