Takaful Keluarga Anda

Takaful Keluarga Anda
eTiQa Untuk Semua

Saturday, October 15, 2011

Produk Intelek



Produk INTELEK ialah pelan pendidikan yang menggabungkan elemen perlindungan dan simpanan. Ia adalah pelan fleksibel yang membolehkan anda mengumpulkan simpanan untuk membayar pendidikan anak-anak anda di samping menjamin masa depan mereka dengan menawarkan perlindungan Takaful yang komprehensif. Produk ini direka khas untuk peserta (kanak-kanak seawal usia 14hari) memilih samaada ingin mempunyai Simpanan untuk pendidikan sahaja atau Simpanan beserta Perlindungan. Tempoh matang bagi Produk Intelek adalah ketika peserta berumur 25 tahun.

Intelek digabungkan dengan rider atau manfaat seperti:-

Rider Intelek (ASAS)– dengan rider/manfaat ini, peserta akan mendapat perlindungan sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal (hilang-upaya kekal).

Rider TOP-UP”- dengan rider/manfaat ini, sumbangan yang dibayar akan disalurkan 100% ke dalam tabung pelaburan. Oleh itu peserta akan mendapat simpanan yang lebih tinggi apabila polisi matang.

Rider Tunai Hospital – dengan rider/manfaat ini, peserta akan mendapat tunai harian setelah dimasukkan ke hospital disebabkan oleh faktor Semulajadi atau Kemalangan.



Rider Bertempoh – dengan rider/manfaat ini, sekiranya peserta meninggal dunia disebabkan oleh faktor Semulajadi atau Kemalangan, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus (maksimum RM 1 juta).

Rider Penyakit Kritikal – dengan rider /manfaat ini, apabila peserta disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus. 

Rider Medic Save (medical card) – dengan rider/manfaat ini, peserta di beri manfaat perubatan setelah dimasukkan ke hospital dan manfaat pesakit luar yang secara langsung berkaitan dengan kemasukan (pra- dan selepas dimasukkan ke hospital). Ini membolehkan peserta seumur kurang satu tahun memiliki kad perubatan (medical card).

Rider Pengecualian Sumbangan Untuk Penyakit kritikal - dengan rider/manfaat ini, sumbangan akan diLUNASkan oleh pihak EtiQa apabila peserta atau pembayar disahkan mengalami salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal. Peserta tidak perlu membayar sumbangan sehingga polisi matang walaupun penyakit yang dihidapi telah sembuh.

Rider Pengecualian Sumbangan Untuk Kematian & Hilang Upaya Kekal – dengan rider/manfaat ini, sumbangan akan diLUNASkan oleh pihak EtiQa apabila peserta atau pembayar meninggal dunia atau mengalami HUMK disebabkan oleh faktor Semulajadi atau  Kemalangan. Kedua-dua asas dan rider kekal berkuat kuasa sehingga masing-masing mencapai tarikh matang.

No comments:

Post a Comment