Takaful Keluarga Anda

Takaful Keluarga Anda
eTiQa Untuk Semua

Monday, October 17, 2011

Takaful?




Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'.

Definisi Takaful dalam Islam ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan tolong - menolong antara satu sama lain atau di antara kumpulan, jika ditimpa musibah.

Takaful membawa konsep “Simpanan” dan “Perlindungan”.

Jika kita menyimpan wang di Bank, Tabung Haji mahupun ASB, kita hanya mempunyai simpanan (saving) sahaja. Jika secara tiba-tiba diri kita ditimpa dengan musibah seperti kemalangan, kematian, di masukkan ke wad untuk jangka masa yang lama, diri atau waris kita hanya akan mendapat jumlah wang yang tersimpan dalam akaun-akaun yang disebutkan tadi mengikut jumlah setakat yang anda simpan selama ini.

Tapi, jika kita mempunyai akaun takaful, sekiranya ditakdirkan berlakunya musibah, pihak takaful akan memberikan kita sejumlah wang (sebagaimana ditandatangani dalam kontrak). Biasanya jumlahnya mencapai sehingga puluhan ribu Ringgit yang akan diberi secara lump-sum(sekaligus) tanpa menjejaskan simpanan kita dalam akaun takaful tadi.

Inilah yang dimaksudkan gabungan kedua-dua konsep iaitu menyimpan dan melindungi diri kita serta orang-orang tersayang dalam masa yang sama daripada kejadian yang tidak diingini dalam hidup kita.

Konsep takaful ini boleh dikaitkan dengan hadis Nabi Muhammad yang bermaksud:

"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta.”
(Hadis diriwayatkan Bukhari)


No comments:

Post a Comment