Takaful Keluarga Anda

Takaful Keluarga Anda
eTiQa Untuk Semua

Wednesday, November 16, 2011

36000 Buntu Tanggung Kos Rawatan


Ramai pesakit tanggung beban akibat gagal langsaikan bayaran.
Kuala Lumpur 19 Sept. – Lebih 36,000 rakyat negara ini menanggung beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan.
Kebanyakan mereka yang berumur antara 20-an dan 50-an itu secara purata pula mengambil masa maksimum 10 tahun untuk melangsaikan hutang berkenaan. Menurut AKPK, angka tersebut adalah 26 peratus daripada keseluruhan 140,462 pelanggannya yang sebelum ini menemui jalan buntu untuk menyelesaikan hutang.
Jumlah itu dipercayai terus meningkat berdasarkan gaya hidup dan kecenderungan rakyat negara ini dihinggapi pelbagai penyakit berikutan faktor persekitaran dan tekanan kerja. Selain berhutang akibat kos rawatan perubatan yang tinggi, statistik AKPK mendedahkan, sebanyak 25 peratus gagal menguruskan kewangan dengan cekap manakala 15 peratus menggunakan kad kredit di luar kawalan.
Kes berhutang untuk rawatan perubatan ini diibaratkan sebagai sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah menanggung penderitaan akibat sakit, ditambah pula hutang perlu diselesaikan selain tanggungan kos rawatan susulan. Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Mohamed Akwal Sultan berkata, trend berhutang untuk membayar kos rawatan perubatan semakin meningkat setiap tahun sejak AKPK diperkenalkan.



q
“Pada 2007, sebanyak 18 peratus sahaja yang melibatkan hutang bayaran perubatan dirujuk kepada AKPK dan kini meningkat 26 peratus,” katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini. Kebanyakan mereka, jelas beliau, terjebak akibat menggunakan kad kredit untuk mendapatkan rawatan awal.
“Hospital-hospital swasta enggan menerima mana-mana pesakit yang tidak mempunyai deposit. Cara paling mudah, mereka terpaksa menggunakan kad kredit,” katanya. Ada juga situasi di mana pesakit terpaksa menjelaskan keseluruhan bil rawatan menggunakan kad kredit, namun tidak membayar balik hutang yang dibuat.
Sumber: Utusan Malaysia, Selasa 20 September 2011.

Hubungi kami untuk dapatkan sebut harga percuma.
Natrah : 019-3875790
Din: 019-4185517

No comments:

Post a Comment