Takaful Keluarga Anda

Takaful Keluarga Anda
eTiQa Untuk Semua

Wednesday, November 02, 2011

EtiQa takaful no 1 di Malaysia

Merujuk Kepada "Business Times" (diterbitkan pada 23/06/2011)


Etiqa Takaful Berhad mensasarkan 10 peratus peningkatan di dalam Pelaburan Insuran Islam (Takaful) pada tahun hadapan, kata CEOnya Shahril Azuar Jimin.

Beliau berkata Etiqa Takaful menyumbang 45 peratus "market share" dari sembilan (9) pengendali takaful di Malaysia pada tahun lepas (2010).

Pada masa sekarang, pelaburan Takaful di Malaysia merupakan yang kedua terbesar di dunia, di mana anggaran 26 peratus pelaburan takaful dunia.

Bahagian Takaful Keluarga adalah penyumbang utama di dalam perniagaan takaful di Malaysia di mana ia mencatatkan 68 hingga 70 peratus peningkatan manakala yang selebihnya adalah Takaful Am. Beliau memberitahu BERNAMA pada "Second Annual World Takaful Conference".

Shahril berkata Etiqa Takaful bukan sahaja menerajui syarikat insuran di Malaysia tetapi juga di dunia.

"Kita adalah peneraju perniagaan kerana kita adalah anak syarikat di bawah Maybank Berhad, kita ada rangkaian pengagihan and kekuatan jenama Takaful itu sendiri yang membawa Etiqa Takaful berkembang di negara ini," kata beliau. 


Shahril berkata, Etiqa Takaful merancang untuk mengembangkan sumbangan dengan menambahbaik lagi rangkaian pengagihan. 

Sebagai tambahan, terdapat perancangan untuk menawarkan produk baru yang berinovatif. 



Beliau berkata sumbangan kasar takaful dunia mencecah US$7 billion pada 2009 dan pada masa kini peningkatan yang tinggi dianggar 31 peratus, beliau menjangkakan sumbangan kasar dunia akan mencecah  US$12 billion bagi penghujung tahun 2011. 
-- Bernama 
 (Atikel di atas telah diterjemahkan, artikel asal sila rujuk kepada http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20110623201814/Article/index_html )

No comments:

Post a Comment