Takaful Keluarga Anda

Takaful Keluarga Anda
eTiQa Untuk Semua

Thursday, November 10, 2011

Mengapa perlu simpan dalam Takaful? II

Antara faktor ramai orang menyimpan dalam takaful.

4. Keluarga Kita

Sekiranya kita tidak mendapat gaji untuk bulan ini atau bulan hadapan atau untuk beberapa bulan. Bagaimana hendak meneruskan kehidupan?
(Fikirkan isteri dan anak anak tanpa KITA)

"Semua perlindungan takaful adalah baik sekiranya kita bersedia MENTAKAFULKAN pendapatan yang digunakan untuk membayar sumbangan takaful"

Sekiranya keluarga kita tinggal di tingkat 2 apartment dan terperangkap dalam kebakaran. Ahli keluarga sudah tentu akan menuruni tangga.
Bagaimana sekiranya tangga tersebut juga telah terbakar?
Mereka TERPAKSA terjun dan tentunya mempunyai risiko yang tinggi serta akan mendapat kecederaan yang berat.
Samalah dengan kehidupan bahagia kita hari ini dengan PENDAPATAN yang diberikan kepada mereka tetapi sekiranya kehidupan ini terhenti, maka pendapatan juga terhenti. Tentunya terdapat kejatuhan mendadak dari segi pendapatan.

Sekiranya ahli keluarga kita terjun dari tempat yang tinggi, mereka akan tercedera TETAPI sekiranya kita telah meyediakan tangganya. Mereka akan turun dengan tenang tanpa mendapat kecederaan.

Rancangkan "sedikit wang" (5% - 10% dari pendapatan) untuk kehidupan keluarga dan anak anak kita.
Menyimpan lebih sedikit dalam Takaful akan menjadikan hidup akan datang keluarga lebih sempurna.

5. Pendapatan Semasa Pencen
KEHIDUPAN SENTIASA MEMERLUKAN PERBELANJAAN!

Inilah perkara serius yang harus difikirkan apabila usia meningkat tua iaitu pendapatan selepas pencen dan juga perlindungan untuk keluarga.

Jangkahayat semakin meningkat.
Kesihatan hidup sekarang lebih baik kerana kaedah perubatan yang baik.

·         Umur: 20 - 55 tahun (Masa Berkerja) - kita ada 35 tahun untuk berkerja.
·         Umur: 55 – 75 tahun (Masa tidak Berkerja) – 20 tahun kehidupan HARI TUA (Ini memerlukan PERBELANJAAN)

Contoh:

Sekiranya dalam sebulan kita memerlukan perbelanjaan RM 1,000.00

Setahun kita memerlukan: RM12 000.00
RM 12 000 x 20 tahun = RM 240,000.00

Adakah kita akan menyimpan mulai esok yang tak pasti atau telahpun membelanjakan apa yang kita simpan semalam?

6. Haji / Umrah / Bercuti
SUKARNYA UNTUK MENYIMPAN
Bolehkah kita menyimpan secara tetap/terus sekiranya tiada paksaan?

Bagi kita yang mempunyai impian menunaikan FarduHaji/Umrah/ Bercuti, simpanan bulanan secara tetap akan merealisasikan impian ini.
Simpanan boleh dikeluarkan apabila kita memerlukannya.

Hubungi kami untuk dapatkan sebut harga percuma.
Natrah : 019-3875790
Din: 019-4185517

No comments:

Post a Comment